Friday, 14 June 2013




Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya  pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) untuk orang-orang beriman.
Surah AL JAATSIYAH (YANG BERLUTUT)
AYAT: 3

ALHAMDULILLAH hari ini kita masih diberi kesempatan untuk menjalani hidup ini dengan segala macam nikmat kurniaanNya.

Sememangnya kita dituntut untuk merenung, mengambil pelajaran dan bermuhasabah atas apa yang berlaku disekeliling kita atau apa yang terbentang di hadapan kita agar kita sentiasa mengingati ALLAH, bersabar  setiap cubaan dan dugaan agar kita sentiasa berada pada jalanNya.


Sesungguhnya, alam semesta ini, Bumi, Bulan , Bintang dan Matahari mahupun lautan dan hidupan serta seisinya adalah antara tanda-tanda kekuasaan ALLAH.

Bayangan

bukan senang untuk jadi senang
bukan susah untuk jadi susah

hidup perlu fokus
hilang fokus semua tak menjadi

mungkin senang untuk menanam impian
tapi tidak mudah untuk mendapatkan hasilnya

mungkin jua jalan buntu kunjung tiba
mungkin jua perlukan kepastian

nah, apakah pilihan yang ada?


Wednesday, 12 June 2013

Destinasi






"Jauh perjalanan luas pandangan"

Di manakah destinasinya?

Monday, 10 June 2013

Sunday, 2 June 2013

sukar

memang aku terasa sukar
sukarnya nak jadi budak pandai
kelapa muda tumbuh dalam belukar

melompat-lompat si tupai

senyum manis cik adik
dapat sekuntum bunga mawar
hai encik abang yang cerdik
apa citer mahu diwar-war